Thursday, 31 May 2012

1
Komen

WHY LIKE THAT LAH??

hii blogger/s, hows your day?

ok, Selamat Hari Kaamatan untuk warga Sabah yang menyambut perayaan ini termasuklah saya sendiri. sadly, saya tiada balik kampung untuk berkumpul bersama-sama dengan ahli keluarga saya. never mind, tahun ini saya sambut Hari Gawai. yeah, new experience for me :)

saya hairan dengan individu yang TERLALU KASAR. saya tidak tujukan dengan siapa-siapa tapi saya tidak menyenangi individu seperti ini. SERIOUSLY! ok, saya pernah nakal satu ketika dahulu tapi saya tidak pernah cuba untuk berkasar dengan orang lain terutama yang lebih tua dari saya. selagi individu tersebut tidak berkasar dengan saya or even mereka berkasar, saya akan cuba tidak berkasar. kecualilah kalau melebihi tahap kesabaran saya. FYI, im the one yang boleh dikatakan penyabar orangnya. (angkat bakul sendiri sekejap). maybe dengan parents, saya pernah berkasar but now i regret it. tapi saya masih berada dalam katogeri menghormati mereka dan saya akan rasa bersalah yang sangat jika saya terkasar dengan mereka.

even kadang-kadang KEBAIKAN saya dipergunakan atau diperlekehkan, tapi saya tidak berapa kisah. bagi saya kalau saya betul-betul berkebolahan dan ada usaha segala sesuatu itu tidak mustahil. saya tidak akan rugi. everything yang saya buat akan membawa kebaikan untuk masa depan saya dan yaa, memangpun terbukit. bak kata orang puteh:: WHAT YOU GIVE YOU WILL GET IT BACK::

merungut pasal sesuatu atau sesorang bukanlah jalan yang terbaik menunjukkan kita adalah yang TERBAIK berbanding orang lain. cermin diri kita. kalau kita yang terbaik kita tidak akan memandang kekurangan orang lain tetapi kita akan membantu orang itu untuk menjadi baik seperti kita.

semoga kita akan terus memperbaiki diri dari masa ke semasa. AMEN :)


KUIH GUNTING yang dihasilkan pada hari ini. sila menjamu selera ya.

SELAMAT HARI GAWAI UNTUK ESOK :)

Wednesday, 23 May 2012

2
Komen

HECTIC DAY!

hii blogger/s,

hari ini betul-betul hari yang 'memenatkan' bagi saya. tidaklah penat mana pun,tiadalah buat kerja yang berat. cuma masa digunakan dengan sebaik-baiknya. okey, hari ini kami ada meeting. the longest meeting ever yang saya pernah hadir sepanjang hidup saya. from 9.30 am until 4.30 pm non stop! too bad, saya jadi sang setiausaha yang terpaksa menajamkan otak saya sepanjang 7 hours untuk mencatat segala agenda yang dibangkitkan. settle meeting tapi later saya kena siapkan minit mesyuarat plak. never mind, tugas hakiki harus dijalankan dengan ikhlas.

habis meeting, ingat mau terus balik. rumah pun bukan jauh 3 minit jalan kaki sudah sampai. tidak apa, join kejap main bola tampar. ada juga exercise sikit. kurang dari 1 jam game habis. lepas itu baru direct balik rumah.

waa, home sweet home. boleh landing atas katil sambil online. tanpa dirancang, housemate dan kawan kerja yang lain bawa outing beli barang sikit. lagipun hari ini gaji masuk. too bad, gaji saya belum masuk. tidak apalah, join saja beli barang makanan. bab beli makanan ini saya suka. beli sayur, buah-buahan, coco crunch, susu dutch lady full cream dan ayam beberapa ketul. bajet kurang RM40. boleh makan untuk seminggu. bila hidup sendiri, kerajinan untuk masak kurang. beras 5 kg saya beli sebulan lalu baru beberapa gelas kurang. hantam makanan express saja hari-hari. tapi atleast makanan express saya berkhasiat ya.

dalam dua jam sudah habis shopping makanan. balik rumah dan tulis entry ini sambil-sambil rehat. jam10.00 pm ini saya akan masuk kerja. nanti balik jam 6.00 am esok. nasib badan kerja shift. tidak apa, yang penting kita ikhlas buat kerja dan kerja itu akan menjadi mudah. Amin !

Tuesday, 22 May 2012

2
Komen

u're too RUDE on me!

dear U,

jangan terlalu yakin dengan diri sendiri. kita sama-sama manusia yang punya perasaan. bukan semua hal dalam dunia ini kita boleh jadikan seperti yang kita kehendaki. fahami keadaan seseorang. jangan sembarang menuduh yang bukan-bukan. berfikir menggunakan akal fikiran bukan dengan kehendak hati yang penuh dengan amaran.

you can simply say, u can find me anytime. tapi sedarkan kamu di mana kamu berada dimasa-masa saya memerlukan kamu? sedarkah kamu hidupmu dikelilingi orang-orang yang mampu menghiburkan kamu? sedarkah kamu hidupku di sini tanpa siapa-siapa?  iyaa, saya tidak sebaik kamu tapi saya sudah buat yang terbaik. saya cuba memahami kamu tapi kamu tidak pernah cuba untuk meletakkan diri kamu di tempat saya. hidup kamu suci, hidup saya dinodai. kita terlalu berbeza dalam hal kehidupan. 

wahai hidup, apa yang saya perlu buat untuk memuaskan hati semua orang supaya tiada orang yang terluka dengan perlakuan ku? semangat hidup bagaikan terbang entah ke mana. saya merasakan seperti hidup dalam jasad yang kosong. wahai diriku, u need to be strong. hidup ini memang mencabar tapi tidak bermaksud saya perlu menyerah begitu sahaja.
5
Komen

BILA SAYA JADI MANGSA =.='

hii blogger/s..

saya hanya berharap hari ini adalah hari yang baik untuk saya. berharap sesuatu yang baik berlaku. sekiranya sesuatu yang kurang baik berlaku, saya berharap saya dapat menghadapi dengan tenang dan tabah. iyaa, saya sentiasa berharap. berharap tidak bermaksud saya tidak berusaha.

ok, kejap lagi big bos saya mau jumpa dengan saya. mesti pasal Hari Belia Negara (entry sebelum ini) itu. satu pihak cakap lain, pihak lain lagi cakap lain. yang tersepit di tengah-tengah saya. jadi mangsa keadaan. pihak satu tidak mau lepaskan, pihak satu wajibkan. waaa, saya yang bingung sendiri.

finally memang saya tidak dilepaskan even ada surat pelepasan dari pihak yang satu lagi. never mind lah memang bukan rezeki saya. lagipun saya terikat dengan tanggungjawab dan peraturan. plus im still new,belum sah jawatan pun. saya hanya berharap tiada pihak yang berkecil hati. even saya yang dipersalahkan dan sebenarnya saya tidak bersalah sebab saya menjadi mangsa keadaan di sini. saya hanya berharap hal ini diselesaikan dengan cara yang baik.

banyaknya saya berharap hari ini.. mungkin hari ini adalah hari untuk saya berharap =.='
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REMINDER

Daisypath Anniversary tickers